SOALAN 5 JANUARI 2007
a)
i.Berdasarkan kepada model hierarki, lukiskan contoh pengelasan sama ada TUMBUHAN, HAIWAN atau CARTA ORGANISASI yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain (dalam bentuk carta).
a)
i.Berdasarkan kepada model hierarki, lukiskan contoh pengelasan sama ada TUMBUHAN, HAIWAN atau CARTA ORGANISASI yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain (dalam bentuk carta).
Rajah:Contoh Model Pangkalan Data Hierarki
ii.Terangkan DUA (2) konsep struktur data yang terdapat dalam model hierarki.
Terdapat 2 konsep struktur data iaitu:
i)Rekod
ii)Hubungan bapa-anak (PCR)
Rekod
Rekod ialah satu kumpulan nilai medan yang memberi maklumat satu entiti atau satu kejadian hubungan. Rekod yang sejenis dikumpulkan ke dalam jenis rekod. Setiap medan mempunyai jenis data tertentu seperti integer, real, dan string.
Hubungan bapa-anak (PCR)
Ianya juga dikenali dengan Parent Child Relation (PCR). Melibatkan hubungan 1:M diantara 2 jenis rekod, iaitu jenis rekod bapa (Parent Record Type) dan jenis rekod anak (Child Record Type).
iii.Satu skima pengkalan data dibina oleh beberapa skima hierarki. Setiap skima hierarki terdiri dari beberapa jenis rekod dan jenis PCR. Lukiskan SATU (1) contoh rajah skima tersebut.
Rajah Skima Hierarki
Berdasarkan gambarajah di atas PCR boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
i)Bahagian, pensyarah
ii)Bahagian, kursus
Skima hierarki melibatkan nama jenis rekod dalam petak dan jenis PCR pula sebagai arka yang menghubungkan jenis rekod bapa kepada jenis rekod anak. Rajah tersebut menunjukkan 3 jenis rekod dan 2 jenis PCR.
b)
i.Bincangkan DUA (2) jenis bahasa yang sering digunakan oleh pengkalan data hierarki.
Terdapat 2 jenis bahasa yang sering digunakan dalam pangkalan data hierarki iaitu:
i.HDDL - bahasa definisi data hierarki
ii.HDML – bahasa manipulasi data hierarki
HDDL
Bertujuan untuk menunjukkan bagaimana skima pangkalan data hierarki didefinisikan. Apa yang perlu:-
i.Medan bagi setiap jenis rekod
ii.Jenis data bagi setiap medan
iii.Tentukan jenis rekod ‘root’ (akar) adalah rekod bapa dalam PCR.
iv.Jenis VPCR (Virtual Parent Rekord Child)
HDML
Bahasa 1 rekod pada satu masa untuk manipulasi pangkalan data hierarki. Arahan bahasa ini mesti dimasukkan ke dalam bahasa program serbaguna.
ii.Bincangkan senibina sistem IMS serta lukiskan gambar rajah binaan dalaman IMS.
Senibina Sistem IMS
Sistem hierarki yang disimpan dalam IMS dikenali sebagai pangkalan data fizikal (Physical database-PDB). Bagi proses penyimpanan, beberapa pangkalan data fizikal dikumpulkan. Setiap pangkalan data fizikal mempunyai satu definisi data atau satu skima yang ditulis dalam DL/1 (Data Language One). DL/1 merupakan bahasa definisi data dan bahasa manipulasi data dalam IMS. Definisi data ini dikenali sebagai Database Description (DBD) atau perihalan pangkalan data. DBD yang telah dikompile akan disimpan dalan storan dalaman di mana mengandungi maklumat bagaimana pemetaan definisi pangkalan data disimpan ke dalam storan dan apakah kaedah mencapai maklumat yang disediakan. Rajah 12.1 di bawah menunjukkan binaan dalaman IMS.
iii.IMS menyediakan dua kemudahan view. Senaraikan dan terangkan DUA (2) jenis view tersebut.
IMS menyediakan dua kemudahan ‘view’ iaitu:
i)Jenis view 1 : didefinisi dengan memilih sebahagian dari satu pangkalan data fizikal (iaitu satu subhierarki) dan didefinisikan oleh ‘Program Communication Block’ (PCB).
ii) Jenis view 2 : didefinisikan dengan memilih beberapa bahagian dari beberapa pangkalan data fizikal dan hubungkait bahagian-bahagian ini untuk menjadi satu hierarki baru dan ia didefinisikan dalam DL/1 dengan DBD Logik (‘logical database definition’). Hasil struktur baru ini dinamakan pangkalan data logik (LDB)